September 11th, 2020

Selepas mengadu dirinya penat dan sakit kepala sebaik selepas pulang menghadiri rakaman program sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur, pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias sekali lagi dimasukkan ke sebuah hospital swasta.

Alami Masalah Keseimbangan Badan, Ustaz Kazim Elias Dikejarkan Ke Hospital Sekali Lagi

Perkara itu disahkan menerusi sebuah posting yang dimuat naik laman Facebooknya semalam.

“Semoga Dato’ Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas.”

Menurut pembantunya, Mohamad Amin Maula keadaan pendakwah itu khabaranya kini bertambah baik berbanding semalam.

Alami Masalah Keseimbangan Badan, Ustaz Kazim Elias Dikejarkan Ke Hospital Sekali Lagi

“Setakat ini, Alhamdulillah keadaan Ustaz Kazim hari ini bertambah baik dan dia masih sedang menerima rawatan di hospital. Kita akan memaklumkan perkembangan tahap kesihatan beliau dari semasa ke semasa.”

Terdahulu, sekitar Mei, Ustaz Kazim dirawat di sebuah hospital swasta selepas berada dalam keadaan kurang sihat. Bagaimanapun, beliau kemudiannya dibenarkan keluar beberapa hari kemudian untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan.

Alami Masalah Keseimbangan Badan, Ustaz Kazim Elias Dikejarkan Ke Hospital Sekali Lagi

Dedah pembantu peribadinya, doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu.

“Apa yang boleh saya maklumkan sekarang ialah DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias) mengalami masalah keseimbangan badan dan perlukan rehat.”

Sumber: Gempak, BH Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...