Pernah tak bila customer dah pilih, nak beli, tengok wallet, baru teringat cash tiada. Alamak, bila tanya staf, kena bayar pakai cash sahaja, ATM pula tiada. Melepaslah sale kali ni.
Rugi kan? Semua ini kita sama ada penjual atau pembeli boleh elakkan dengan Tap-On-Phone. Mudah, selamat dan mesra pengguna. Senang kan? Jom kami kongsikan kenapa Tap-On-Phone patut jadi pilihan.
Selamat
Informasi dan PIN pemegang kad kekal selamat dengan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption).
Selesa
Pembayaran ini tidak memerlukan peralatan lain untuk membuat pembayaran.
Mudah alih
Pembayaran boleh diterima menggunakan smartphone Android dengan ciri NFC dengan Tap-On-Phone. Terima pembayaran debit dan kredit melalui smartphone anda. Tidak perlu risau pasal duit baki lagi!
Modular
Dari perniagaan kecil dan sederhana seperti gerai makanan hinggalah ke kedai besar atau perniagaan yang memerlukan transaksi ke sana-sini, semuanya sesuai dengan kaedah pembayaran ini.
Lebih mudah dengan Tap-On-Phone
Semuanya boleh ditukarkan kepada digital kini, sebab itu generasi kini lebih memilih untuk tidak perlu memikirkan di mana perlu mengeluarkan wang dari ATM setiap masa. Apatah lagi dengan adanya ciri Tap-On-Phone, terima pembayaran debit dan kredit melalui smartphone anda. Tidak perlu risau pasal duit baki lagi!
Bagi peniaga di luar sana, mungkin antara sebab masih memilih pembayaran tunai kerana berpendapat transaksi akan mengambil masa sebelum dimasukkan ke akaun sendiri. Jangan risau kerana pembayaran diterima akan terus dimasukkan ke akaun peniaga. Mudah kan?
Dapatkan info lanjut mengenai Tap-On-Phone di SINI, jangan lupa juga follow mereka di Facebook dan Instagram untuk promo terkini.