Malaysia Di Dalam Haluan Untuk Menjadi Komuniti Tanpa Tunai

Trending

Malaysia Di Dalam Haluan Untuk Menjadi Komuniti Tanpa Tunai

Malaysia kini di dalam haluan untuk menjadi komuniti tanpa tunai (cashless), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Advertisement

Salah satu langkahnya adalah dengan memansuhkan caj transaksi segera (Instant Transfer) RM0.50 yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2018, untuk sehingga RM5,000 bagi setiap transaksi. Pemansuhan ini hanya layak bagi individu dan juga perusahaan kecil sederhana.

Sebaliknya, caj bagi bayaran cek pula akan dinaikkan dari RM0.50 kepada RM1.00 bermula 2 Januari 2021. Ianya disebabkan oleh kos yang tinggi bagi memproses cek.

Jumlah cek yang digunakan telah menurun dari 205 juta pada 2011 kepada 120 juta tahun ini menurut bank pusat setelah 10 tahun pelan tindakan e-payment dimulakan. Sebaliknya, pemindahan dana elektronik telah meningkat dari 66 juta pada 2011 kepada anggaran 329 juta pada tahun 2017.

Sasaran semasa Bank Negara Malaysia adalah untuk mengurangkan penggunaan cek sehingga 100 juta menjelang 2019, dimana setahun lebih awal dari perancangan asal.

Bagi rakyat Malaysia yang kebanyakannya gemar untuk membawa kedua-dua kad debit dan telefon bimbit bersama, Bank Negara Malaysia menyasarkan untuk menggalakkan penggunaan kod bayaran Quick Response (QR) untuk langkah seterusnya.

Bagi merealisasikan ini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Interoperable Credit Transfer Framework (ICTF), di mana buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia pengguna dan bukan pengguna bank dapat membuat membuat transaksi dana melalui rangkaian dengan hanya merujuk kepada nombor telefon bimbit, nombor pengenalan dan kod QR.

Ianya juga dikatakan dapat meningkatkan perlindungan dan keyakinan pengguna ketika hendak menggunakan perkhidmatan pemindahan kredit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...