Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya, berikutlah menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa dalam mencorak sikap dalam diri anak-anak.
Namun malangnya, ada sesetengah kanak-kanak yang bersikap biadap walaupun dalam usia setahun jagung membuatkan orang ramai berasa tidak senang dengan perbuatan yang dilakukan.
Itulah yang tular di media sosial Twitter baru-baru ini di mana video menunjukkan seorang kanak-kanak menunjukkan isyarat lucah ketika berada di hadapan orang ramai.
Anak aku/anak buah aku mcmni, memamg auto tempeleng. Orgtua yg gelak² ingat benda ni comel ke apa, kepala butoh. pic.twitter.com/huktW1t74C
— Ayang ?? (@aaygx) June 20, 2022
Dalam video yang berdurasi 12 saat itu, kanak-kanak tersebut dilihat menunjukkan isyarat lucah kepada seorang peniaga.
Apa yang membimbangkan apabila orang-orang di situ hanya tergelak seperti menyokong tindakan kanak-kanak berkenaan.
Selain itu, warganet juga beranggapan bahawa tindakan yang dilakukan adalah kerana terpengaruh dengan didikan ibu bapa yang tidak menerapkan sikap positif dalam diri anak-anak.