Pelakon, Rozita Che Wan sememangnya popular dengan imej dan penampilannya yang sentiasa tampil elegant dan glamour.
Walaupun usianya kini mencecah 50 tahun, kecantikan wajah Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta sepertinya tidak dimakan usia.
Namun, berbeza pula dengan video yang tular di laman TikTok baru-baru ini yang memaparkan isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu.
Menerusi video tersebut, Che Ta dilihat menggayakan persalinan serba peach namun lain pula yang menjadi perhatian netizen apabila tangan pelakon itu kelihatan berurat.
Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen yang mengatakan dia tidak lagi boleh menyembunyikan usianya yang kini semakin meningkat disebalik solekan.
Namun, ada juga peminat yang tampil menjelaskan bahawa tangan berurat menunjukkan seseorang itu kuat bekerja.
Terdahulu, Che Ta mengakui tangannya bukan berkedut sebaliknya mempunyai urat-urat timbul kerana dirinya bukanlah seorang yang berisi.
Malah, dia juga memilih untuk tidak mengambil apa-apa suntikan kecantikan semata-mata untuk kelihatan muda dan cantik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.