“Jangan Jadi Bod*h. Sekali Lelaki Angkat Tangan, Perempuan Angkat Kaki” – Che Ta

Hiburan

“Jangan Jadi Bod*h. Sekali Lelaki Angkat Tangan, Perempuan Angkat Kaki” – Che Ta

Selebriti jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta menasihati pada wanita untuk menjadi lebih berani dalam membuat keputusan sekiranya berhadapan dengan masalah keganasan rumah tangga.

Katanya, mana-mana isteri yang bernasib malang dan menjadi mangsa penderaan dalam perkahwinan perlu pandai buat keputusan untuk diri sendiri.

Advertisement

Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal. Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.”

Pesannya, apabila suami sudah mengasari mereka, isteri perlu keluar dari rumah dan buat laporan polis dengan segera selain dapatkan rawatan di hospital.

Aktres berasal dari Kedah itu juga akui tidak setuju dengan wanita yang memaafkan dan memberi peluang kepada lelaki yang telah menyakiti mereka.

Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah.”

Tegasnya, tidak perlu beri peluang kedua kepada suami yang angkat tangan pada isteri kerana mereka ini tidak akan berubah walau macam mana pun.

Hangat sejak beberapa bulan lepas tentang kisah rumah tangga beberapa selebriti dan ia menjadi bualan hangat ramai peminat.

Shuhada ditumbuk
1 year ago

"Dia Masih Terkejut" - Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Ditumbuk Hafidz Roshdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...