“Dia Masih Terkejut” – Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Ditumbuk Hafidz Roshdi

Hiburan

“Dia Masih Terkejut” – Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Ditumbuk Hafidz Roshdi

Memetik Berita Harian Online, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa Nurul Shuhada telah ditumbuk tiga kali oleh suaminya yang juga pelakon Hafidz Roshdi.

Shuhada dilaporkan telah diperlakukan sedemikian rupa selepas berlaku pertengkaran pada awal pagi tadi.

Advertisement
Shuhada dipukulSumber : Instagram  

Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.

Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka.

Menurut ahli keluarganya lagi, Nurul Shuhada kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan satu laporan polis juga telah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan insiden tersebut.

Shuhada juga terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka dan menjalani pemeriksaan CT Scan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman.

Wanita itu juga difahamkan masih berada dalam keadaan terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku.

Terdahulu, Nurul Shuhada ada memuat naik beberapa hantaran di Instagram miliknya yang menunjukkan dia telah mengalami kecederaan pada wajah.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan Hafidz Roshdi, iaitu Athira Yuhada.

Shuhada ditumbuk
1 year ago

Muat Naik Foto Wajah Berlumuran Darah, Isteri Hafidz Roshdi Ditumbuk?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...