Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok yang mengundang perdebatan orang ramai.
Menerusi video tersebut, Leona dilihat berkongsi keterujaan untuk membuat undian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 buat kali pertamanya secara undi pos.
Malah, pempengaruh media sosial berusia 20 tahun itu turut sempat menunjukkan kertas undian PRU di media sosial.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menjadi perbalahan pengguna media sosial kerana tindakan Leona itu boleh menyebabkan undiannya menjadi rosak gara-gara nombor siri dan maklumat pengundi telah didedahkan kepada umum.
Berbeza pula dengan pendapat segelintir pihak yang memaklumkan tindakan itu tidak menjadi suatu masalah kerana dia masih belum menandakan tanda pangkah pada kertas undian itu.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memahami tindakan Leona itu terjadi gara-gara terlalu teruja memandangkan ini pengalaman pertamanya mengundi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.