(VIDEO) “Berapa Ribu Dapat Buat Video Camni?” – Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Pakai Baju PN Di TikTok, Netizen Perli Dah Lupa Diri?

Hiburan

(VIDEO) “Berapa Ribu Dapat Buat Video Camni?” – Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Pakai Baju PN Di TikTok, Netizen Perli Dah Lupa Diri?

Gara-gara memuat naik video dirinya mengenakan baju parti Perikatan Nasional di TikTok, pasangan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal  menjadi bahan kecaman netizen di media sosial.

Dalam hantaran video tersebut yang kemudiannya menjadi tular, Aeril juga ada menanyakan soalan kepada peminat iaitu “Aeril undi apa nanti?” dan kemudiannya menunjukkan foto dia memakai baju Perikatan Nasional.

Advertisement

Ia sekaligus membuatkan netizen tampil memberikan kritikan dan juga kecaman bertubi-tubi buat suami kepada pelakon Wawa Zainal itu.

Malah, ada juga yang bertanyakan adakah Aeril dibayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk berkempen bagi parti berkenaan.

Namun, dalam kebanyakan yang menghentam Aeril, ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah hak peribadi seorang individu untuk menyokong mana-mana parti pilihan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

Biarlah dia nak sokong apa pun, dah kenapa tiba-tiba kata dapat duit pulak?

Dek kehangatan PRU15 yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, ramai dalam kalangan artis dilihat turut sama turun padang bagi membantu mempromosikan parti politik pilihan masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Janna Nick
1 year ago

"Dah Berakhir Untuk Selamanya.." - Hubungan Cinta Janna Nick & Dini Schatzmann Putus Di Tengah Jalan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...