Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik gambarnya menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Menerusi posting itu, Rita meluahkan rasa janggalnya apabila setiap jemaah diarahkan untuk menjaga jarak satu meter antara satu sama lain di dalam masjid ketika solat.
Netizen telah mempersoalkan sama ada Rita sudah mengambil suntikan vaksin memandangkan mereka yang tidak lengkap vaksinasi tidak dibenarkan untuk menunaikan solat di masjid.
Rita menerusi Instagram story kemudian tampil memberi respon dan membidas persoalan tersebut. Katanya, Tuhan tidak meletakkan syarat pelik selain menutup aurat untuk masuk ke rumahNya bagi menunaikan ibadat.
Tuhan saya cakap kalau nak masuk rumah Dia dan nak jumpa Dia cuma tutup aurat je.”
Rita juga berharap agar perkara tersebut tidak lagi dipanjangkan dan menjadi isu serta mengatakan bahawa Islam itu mudah dan penuh dengan kasih sayang.
Semuanya atas izin Allah. Kalau Allah tak izin dan tak berkehendak, sistur takkan boleh jejak ibu jari kaki pun kat masjid tau.”
Baca: “Aku Hilang Segalanya Tapi Aku Ada” – Rita Rudaini Minta Orang Ramai Jaga Diri Dan Jauhi COVID-19