Pelakon Rita Rudaini tampil berkongsi luahan rasa dan berkongsi keadaan dirinya yang selama ini digelar anti-vaksin oleh sesetengah pihak berikutan keengganannya menerima suntikan vaksin COVID-19.
Akui Rita, dia kehilangan pekerjaan dan hak kebebasan hanya kerana enggan divaksin.
Namun begitu, dia tidak berasa takut atau peduli kerana masih mempunyai Allah sebagai pelindung.
Aku hilang pekerjaan kerana enggan turut perintah, aku juga hilang hak kebebasan. Tapi aku tidak peduli, tak takut yang aku takut aku hilang Allah. Kerana Dia lah aku masih hidup.
Ujar Rita lagi, dia bersyukur kerana masih diberikan rezeki dan dikirimkan orang yang baik untuk berkongsi rezeki.
Dalam pada itu, Rita sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga diri serta menjauhi virus COVID-19.
Kalau sakit, rawat diri sendiri. Jangan sibuk nak cari mangsa lain jadi bahan fitnah konon orang itu jadi penyebab kau sakit. Kenapa nak salahkan orang lain. Kenapa tak salahkan diri kau.
Terdahulu, Rita memilih untuk digelar prosafe berbanding anti-vaksin berikutan dia enggan menerima suntikan pelali wabak pembunuh itu.
Jelasnya, dia percaya pada vaksin namun ia haruslah datang dengan kajian yang terperinci serta terbukti keberkesanannya.
Anonymous
December 5, 2021 at 5:29 am
dia ingat dengan akbar dan aidil lagi lah tu.
tak dapat maki bekas2 laki dan bini2 mereka sekarang nak cari gaduh dengan netizen yg pernah sokong jilat punggungnya hingga bersih.
sengaja nak bagi tau dia banyak cawangan minyak wanginya, tapi hingga sekarang tak pernah nampak pun di watson.
milo adalah dimana2…
Anonymous
December 4, 2021 at 1:20 pm
Tak hbs lg cerita dia ni. Tak mau vaksin lantak kau lah. Tp kerja kau hari2 memerli. Mcm bagus sgt. Jgn berlagak sgt.
Anonymous
December 4, 2021 at 1:17 pm
Nak kaji sedalam mana lagi la RR? Bukan dah segala cerdik pandai, ahli agama dah beri pencerahan tentang vaksin ini? Sebenarnya bila diri sendiri dah tak nak terima, mmg tak terima juga. Sama la agama tuntut menutup aurat, tapi RR masih belum sampai hidayahkan. Mungkin keperluan untuk kaji juga ke hukum menuntut aurat? It’s ok. Prosafe ke antivac ke istilah sahaja. Bahasa RR tu bila time marah tu boleh tak kawal sikit? Jangan dasyat sangat mencarutnya.
Anonymous
December 4, 2021 at 4:15 pm
Well said!