Statusnya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menghalang Zaid Harithah Jamil untuk membuat content di media sosial.
Menurut mStar, Zaid gemar merakam dan memuat naik video perkongsian tentang topik berkaitan agama di TikTok.
Meskipun begitu, dia yang menghidap penyakit saraf cerebral palsy sejak bayi pernah dituduh ‘buat buat cacat’ oleh penonton.
Abang, tak baik buat-buat cacat.”
Kata Zaid, dia sedih apabila menerima komen negatif sebegitu yang mendakwa dirinya hanya berlakon menjadi cacat demi meraih tontonan.
@zaidharithahcp Reply to @misschamber kenapa komen buat buat2 bodoh dik?#zaidharithah
Saya sedih, tapi ramai yang komen negatif tu adalah budak-budak. Ada juga yang buat macam tu menggunakan akaun palsu, jadi saya abaikan.”
Meskipun ada yang komen negatif dan berbaur sindiran atau mengejek, ramai lagi yang memberikannya sokongan.
Menurutnya, dia suka bergurau dengan followers ketika membuat video atau sesi live.
Zaid yang gemar berkongsi maklumat dan menghiburkan orang menerusi video berkata dia mahu membuktikan bahawa insan OKU juga boleh menghasilkan content.
Pada masa sama, saya mahu lebih ramai OKU mempunyai keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai.”
@zaidharithahcp 3 fakta kehebatan nabi Muhammad yang buat kita malu dengan diri#zaidharithah #muhammad #tiktokmalaysia
? Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi – TIC.IHSAN YR ?usicall?
Sekadar info, Zaid kini mempunyai lebih 78,000 pengikut di platform TikTok dan banyak berkongsi tentang kisah para nabi serta topik-topik lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.