Sering Pakai Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Se*ksual Pengguna TikTok

Kehidupan

Sering Pakai Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Se*ksual Pengguna TikTok

Kisah fiksyen novel lucah ‘Cikgu Suraya’ sememangnya popular suatu ketika dahulu dan tular pula sebuah video memaparkan seorang wanita memakai tudung berwarna hijau dan disamakan dengan watak tidak senonoh tersebut.

Namun, lain pula pengalaman yang dialami seorang pengguna TikTok apabila dia memuat naik keadaan dirinya yang mengalami bibir kering dan dalam pada masa yang sama mengenakan tudung berwarna hijau.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, banyak kaum lelaki ‘hidung belang’ meninggalkan komen berbaur lucah dan boleh dianggap sebagai satu gangguan seksual.

Segelintir netizen dilihat telah memberikan komen persamaan gadis itu dengan watak fiksyen Cikgu Suraya hanya kerana dia memakai tudung hijau dalam video tersebut.

“Sama lah..jangan pakai tudung hijau kak..” tulis seorang pengguna aplikasi tersebut.

Warga maya yang melihat komen-komen tersebut menganggap perlakuan tersebut sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan dan turut berasa simpati dengan pemilik video kerana menjadi mangsa gangguan seksual golongan tersebut.

 

Komen TwitterSumber : Twitter  

 

Sekadar info, antara perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual dalam talian adalah seperti menghendap (stalking), memberi ucapan benci atau lucah, memeras ugut, mencari dan menyebarkan maklumat sulit dengan tujuan memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang.

Jika anda menjadi mangsa gangguan seksual ini, segera buat laporan polis agar tindakan seterusnya dapat diambil terhadap pelaku.

viral
2 years ago

"Muka Semua Pasrah Je" - Netizen Terhibur Lihat Para Suami Sabar Tunggu Isteri Ambil Gambar Makanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...