Anda pasti ada terbaca artikel kelmarin di mana Mawar Karim menjawab persoalan netizen mengenai persoalan sekiranya bekas suami, Fizo Omar mahu berkahwin lain.
Langsung tidak melatah, usahawan itu menjelaskan bahawa dia sangat gembira sekiranya lelaki itu bertemu jodoh baru.
BACA: “Saya Tak Perfect Serba Kekurangan..” – Mawar Karim Gembira Jika Fizo Omar Mahu Kahwin Lain
Namun yang menjadi perhatian netizen ialah apabila Mawar menitipkan pesan kepada bakal ibu baru Maryam nanti supaya tidak menggunakan gelaran ‘mummy’ atau ‘mama’ memandangkan itu ialah panggilan istimewa di antara mereka.
Tidak mempunyai maksud negatif disebaliknya, tetapi wanita itu tanpa sengaja telah dituduh cemburu pula oleh segelintir netizen disebabkan oleh kenyataan berkenaan.
Sedar bahawa dia dihujani dengan beberapa komen kritikan, Mawar memuat naik Insta Story bagi menjelaskan maksud disebalik pesanannya itu.
“Cuba faham betul-betul apa yang saya kata ini sangat ringkas dan mudah difahami, juga jelas perkataan mummy atau mama. Dua panggilan ini khas buat Maryam untuk saya. Selain itu ibu, umi, bonda kawasan, sewaktu dengannya terpulang satu hari kalau Maryam ditakdirkan dapat mak baru.”
Daripada penjelasan itu, dapat diringkaskan yang Mawar tidak kisah sekiranya ibu baru nanti menggunakan apa-apa gelaran cuma tinggalkan ‘mummy’ dan ‘mama’ buatnya dek sudah biasa menggunakannya bersama Maryam.
Salah faham kot siapa yang tuduh cemburu tu!

tecit
March 3, 2021 at 10:14 am
biasele bdk2. aku rase sbb die org penang so sinonim dgn mummy. mama tu ank die sendiri kot nak panggil. aku rase laaa. aku rase klu mak baru maryam nk bahasa kan diri die mummy or mama jugak kene la tambah name kt blakang. contoh mama ayu ke, mama hamidah ke, mummy rose ke, mummy aida ke. gitula kott. tp kdg2 kte merancang last2 ank tu panggil jgk ikot rasa hati die.
Mentimun
March 3, 2021 at 8:54 am
tapi aku tetap pelik kenapa anak dia panggil dia dua nama. sekejap mummy sekejap mama? anak dia tak duduk dengan dia ke? tak berapa kenal?
eh
March 3, 2021 at 5:01 pm
normal la tu. anak sy pon kjp pggl umi, ibu, mommy,mama. die terikut2 tgk watak2 kt youtube kids omputih tu pggl mommy mama.