Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Tak Perfect Serba Kekurangan..” – Mawar Karim Gembira Jika Fizo Omar Mahu Kahwin Lain

mawar rashid dan maryam

Tidak lokek berkongsi kisah diri dan anak perempuannya, usahawan Mawar Karim baru-baru ini telah menjawab pelbagai soalan cepumas daripada pengikut di laman Instagram miliknya.

Dalam banyak-banyak soalan, apa yang paling menarik perhatian ramai ialah pertanyaan mengenai perasaannya jika bekas suami, Fizo Omar ingin berkahwin kali kedua.

Advertisement

“Cikyam (Maryam) marah ayah dia kahwin lain. Kak Mawar pula?”

mawar rashid dan maryam

Tidak melatah, Mawar menjawab soalan tersebut sejujurnya dan mengatakan bahawa dia akan berasa gembira sekiranya Fizo bertemu dengan jodoh baru.

Malah wanita itu yang mengakui dia mempunyai kekurangan tersendiri dan berharap agar bekas suaminya berjumpa dengan wanita yang sepadan.

“Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak
perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri.”

mawar rashid dan maryam

Tak cukup dengan itu, Maryam sempat menitipkan pesanan kepada wanita yang bakal menjadi isteri Fizo supaya mengelakkan diri daripada menggunakan panggilan istimewa yang digunakan olehnya dan Maryam.

“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat
kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang. Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita.”

Cool betul Mawar dan Fizo kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Kakaksangat

    March 2, 2021 at 3:08 pm

    Jangan lah komen macam ni.seolah2 fizo ceraikan awak sbb cakap awk ni ada kekurangan.kalo ya pun.simpan hanya rahsia berdua

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top