“Tak Baca, Tak Balas, Hidup Saya Lebih Tenang” – Tak Ambil ‘Port’ Kecaman, Leona Anggap Komen Negatif Netizen Tidak Relevan

Kehidupan

“Tak Baca, Tak Balas, Hidup Saya Lebih Tenang” – Tak Ambil ‘Port’ Kecaman, Leona Anggap Komen Negatif Netizen Tidak Relevan

Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman akui langsung tidak berasa terkesan meskipun sering dikecam ramai gara-gara pemakaiannya.

Gaya hidup pempengaruh media sosial ini sering dipersoal ramai warganet terutamanya selepas dia menyambung pengajiannya di luar negara.

Advertisement

2 years ago

"Saya Pernah Terfikir Nak Balik Hari" - Kerap Ulang Alik UK-KL, Leona Dilabel 'Anak Manja'

Rata-ratanya berpendapat Leona semakin kebaratan kerana lebih bebas berpakaian di sana tanpa ada mata yang memandang atau menghakiminya.

Bagaimanapun, Leona berkata komen negatif di media sosial tidak dilayan kerana ia akan memudaratkan diri selain akui tidak kisah kerana tidak mengenali individu yang mengkritiknya.

Komen negatif netizen tidak relevan untuk saya. Sebab itu saya tidak membaca, apatah lagi membalas di media sosial. Hidup jadi lebih tenang.”

Tambahnya, berdiam diri dan tidak memberikan respon adalah lebih baik kerana jika tidak ia akan membuka lebih banyak ruang kepada netizen untuk mengecam.

Dalam pada itu, dia juga akui bapanya sering menasihatkan agar tidak mengambil ‘port’ dengan komen jahat netizen memandangkan ia adalah lumrah hidup orang terkenal.

Bukan baru semalam saya dikecam. Lepas tamat persekolahan lagi saya sudah hadap perkara ini hanya disebabkan saya anak seorang aktor terkenal….”

….Kita akan disayangi dan pada masa yang sama, dibenci. Kenapa perlu hiraukan haters sekiranya anda lebih bahagia dengan mereka yang menghargai dan menyayangi anda.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...