“Saya Pernah Terfikir Nak Balik Hari” – Kerap Ulang Alik UK-KL, Leona Dilabel ‘Anak Manja’

Trending

“Saya Pernah Terfikir Nak Balik Hari” – Kerap Ulang Alik UK-KL, Leona Dilabel ‘Anak Manja’

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mengakui dia sukar membiasakan diri dengan kehidupan di luar negara.

Malah, selepas meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, anak kepada Azhar Sulaiman itu sudah beberapa kali pulang ke rumah.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Leona turut digelar anak manja kerana sikapnya yang tidak boleh berjauhan dengan keluarga.

Saya pernah terfikir nak pergi balik hari dari UK ke Malaysia, tapi saya tak buat lah.

Namun, ada pula netizen yang mempertikaikan tindakannya itu sebagai satu pembaziran memandangkan harga tiket kapal terbang dari UK ke Malaysia agak mahal.

Tampil menjelaskan, Leona berkata dia langsung tidak menggunakan wang ibu bapanya untuk menampung kos pulang ke tanah air.

Sebaliknya, influencer itu menggunakan wang simpanan hasil pendapatannya sendiri namun tidak menafikan yuran pengajian dibayar oleh ibu bapanya.

Mungkin ada yang ingat saya guna duit family tapi sebenarnya saya dah kerja sejak habis sekolah lagi. Masa dekat UK pun saya banyak guna duit saya.

Dalam pada itu, Leona berkata walaupun dia kini menyambung pelajaran di luar negara namun dia lebih memilih lelaki Asia untuk dijadikan teman lelaki.

 Saya tak minat lelaki mat salih, lagi suka lelaki Asia sebab berbudi bahasa, sopan santun dan baik.

Bagaimanapun, pempengaruh berusia 21 tahun itu memaklumkan statusnya masih ‘single’ kerana ibunya tidak membenarkan dia bercinta buat masa sekarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"I Dapat Kebebasan Buat Apa I Suka" - Leona Akui Ibu Bapa Tak Tegas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...