Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendengar taklimat daripada dua agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan berpeluang meneliti kualiti padang yang sedia ada.
Foto-foto lawatan berkenaan turut dikongsikan oleh Hannah di laman Twitter miliknya.
Saya dan @AdamAdli telah melawat Stadium Nasional Bukit Jalil untuk taklimat daripada 2 agensi @KBSMalaysia. Susah mendapatkan gambaran jelas kalau taklimat di pejabat sahaja. pic.twitter.com/oPv9H0XWvE
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) December 12, 2022
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gambar menarik yang telah disunting oleh netizen untuk dijadikan bahan lawak.
Namun begitu, Hannah tidak terasa hati sebaliknya memuji kreativiti yang ditunjukkan oleh belia Malaysia dalam menyunting gambar.
Belia Malaysia ni sangat kreatif buat memes gambar saya dan Adam Adli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tak apa, kami sporting, kreativiti luar biasa.”
Belia Malaysia ni sangat kreatif buat memes gambar saya dan @AdamAdli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tak apa kami sporting ?? kreativiti luar biasa. pic.twitter.com/v1XJJfe4Nt
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) December 13, 2022
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: