Seperti diketahui ramai, Sabtu lalu kumpulan penyanyi popular berasal dari Korea iaitu BLACKPINK telah pun membuat konsert di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Susulan itu, banyak yang meninggalkan respon di platform media sosial berkenaan dengan konsert dan salah satu respon yang membuat peminat berasa berang apabila terdapat seorang individu berkata nyanyian ahli kumpulan BLACKPINK sama seperti penyanyi, Nabila Razali.
Haha nyanyi live macam Nabila Razali.
View this post on Instagram
Oleh kerana itu, ramai berpendapat perbandingan itu tidak adil memandangkan latar belakang BLACKPINK dengan Nabila jauh berbeza.
Bahkan netizen lain juga meminta agar individu terbabit untuk hormat antara satu sama lain kerana peminat kumpulan wanita Korea itu sama sekali tidak menghina mana-mana pihak.
Bagaimanapun, ada juga beberapa netizen meminta agar peminat BLACKPINK yang juga dikenali sebagai Blinks untuk tidak menghiraukan tweet terbabit kerana dia hanya mahukan perhatian ramai saja.
Difahamkan dari laporan mStar, akaun Twitter milik individu itu sudah ‘lesap’ dipercayai kerana tidak tahan dikecam oleh netizen serta peminat BLACKPINK.
Sekadar info, konsert BLACKPINK pada Sabtu lalu yang dibuat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah berjaya mengumpul lebih 60,000 peminat pada malam tersebut.