February 1st, 2019

Baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Vroom Vroom, penyanyi Nabila Razali menerima pelbagai komen daripada netizen.

Namun, baru-baru ini Nabila menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah netizen yang mengkritik nyanyiannya menggunakan perkataan kasar. Antara kata-kata netizen ialah Nabila tidak layak bergelar penyanyi kerana suaranya macam bodoh dan sumbang.

Bukan tidak boleh menerima kritikan tetapi biarlah teguran itu dibuat secara baik agar dapat lagi membantu beliau memperbaiki kelemahannya.

Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkataan-perkataan kesat dan kasar ini. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga. Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang.

Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima lebih baik saya tak jadi penyanyi kan. Ni kata suara macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana? Kalau kata suara saya sengau boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik.

Biarpun dikecam, Nabila bagaimanapun ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu barunya itu dan bersyukur ia sudah menjadi trending nombor tiga di YouTube selepas seminggu dilancarkan.

Sumber Berita : mStar Online


33 responses to “Nyanyian Nabila Razali Dikritik, Suara Sumbang Teruk”

  1. Anonymous says:

    Maaf, tapi suara anda mmg x sesuai for LIVE perfomance..maaf ye..

  2. Anonymous says:

    Maaf ye, tapi memang x sedap la….mcm mana ye?

  3. Anonymous says:

    pelik penyanyi2 sekarang ne.. u choose to be in this entertainment industry kn? takkan tk tgk life previous singer guane.. surely ada kecaman dr org ramai.. public figure kn? amik kecaman tu sbagai yang positif, tk boleh? biarlah org nak carut ko ke cmana.. they have their own opinion.. kot dorang kata tk sedap, then tk sedap la.. improve ur singing then.. p kelas ka.. upah cikgu train vokal kaa.. sikit2 sentap.. sikit2 kata tk adil sbb netizens tk bg pluang utk ko perform.. bukan dorang bg ko bom dpan umah pun.. hadoi penyanyi mentah ne.. grow up!

  4. 1 says:

    I will definitely smash nabila razali in the ass so hard

Loading...