“Tak Adil Dangdut Dipinggir Dan Dianak Tirikan..” – Konsert Milenia Ditangguh Buat Kali Ketiga Sementara Konsert Artis Luar Dibolehkan

Hiburan

“Tak Adil Dangdut Dipinggir Dan Dianak Tirikan..” – Konsert Milenia Ditangguh Buat Kali Ketiga Sementara Konsert Artis Luar Dibolehkan

Terkini para peminat lagu genre dangdut telah dikecewakan apabila diketahui Konsert Milenia 2023 yang sepatutnya diadakan pada 25 November nanti telah ditangguh bagi memberi laluan kepada rakyat Malaysia untuk turut bersimpati terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd sekaligus penganjur konsert tersebut, iaitu Jeffri Yaacob berkata acara tersebut diarahkan untuk ditangguh oleh pihak dari Majlis Bandaraya Shah Alam.

Advertisement

Tidak adil muzik dangdut ini dipinggir dan dianak tirikan sementara kehadiran artis dari negara luar diluluskan.

Tak dinafikan muzik dangdut ini sangat berat untuk diterima masyarakat namun kami selaku penganjur ada perspektif berbeza.

Pada masa yang sama, Jeffri turut mengakui dirinya terkilan apabila acaranya tidak diberikan layanan yang sama jika dibandingkan dengan konsert artis luar. Tambahnya, mereka sudah mendapat kelulusan dari pihak tertentu jadi tidak sepatutnya mereka bukan keutamaan.

Bukan itu sahaja, berhubungan dengan tundaan acara tersebut, penganjur konsert ini menepis sangkaan hendak menipu duit orang ramai dan dipanggil scammer kerana telah menunda konsert buat kali ketiga. Tambahnya, itu adalah hal yang tak dapat dielak dan meminta para peminat memahaminya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cap
6 months ago

"Banyak Lagi Cara.." - Anggap Batalkan Konsert Coldplay Tak Rasional, Caprice Ujar Ada Seribu Satu Cara Lain Nak Sokong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...