“Banyak Lagi Cara..” – Anggap Batalkan Konsert Coldplay Tak Rasional, Caprice Ujar Ada Seribu Satu Cara Lain Nak Sokong

Hiburan

“Banyak Lagi Cara..” – Anggap Batalkan Konsert Coldplay Tak Rasional, Caprice Ujar Ada Seribu Satu Cara Lain Nak Sokong

Kurang setuju dengan pendapat sesetengah pihak yang ingin membatalkan konsert Coldplay, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berpendapat bahawa ada pelbagai lagi cara yang boleh dibuat untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Kata Caprice atau dipanggil Cap ini, tindakan membatalkan konsert tersebut tidak munasabah memandangkan Malaysia tidak boleh lari daripada hiburan seperti konsert Aina Abdul baru-baru ini ataupun rancangan program realiti seperti All Stars Gegar Vaganza yang ditayangkan.

Advertisement

Palestin sudah melalui peperangan lebih dari 75 tahun. Saya rasa ada banyak lagi cara lain daripada nak suruh kita jangan berhibur atau jangan tengok hiburan. Contoh doa, derma, boikot dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Pada masa yang sama, Cap menegaskan hiburan ini bukan sesuatu yang salah jika masing-masing tahu bagimana untuk menunjukkan sokongan mereka. Jika mahu membatalkan konsert yang dianggap hiburan itu, lebih baik tutup semua sekali seperti Astro dan landasan hiburan yang lain ujarnya.

Terdahulu, terdapat segelintir pihak yang berkeras untuk konsert Coldplay dibatalkan sebagai tanda hormat dan sokongan kepada negara Palestin.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

"Batalkan Coldplay! Kita Ramai-Ramai Pergi Zumba.." - Terkinja-Kinja Berzumba, Netizen Bidas Cikgu Ayu Jangan Hipokrit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...