“Tak Ada Nak Manja-Manja Dah..” – Disangka Mainkan Perasaan Wanita OKU, Zoey Rahman Nafi Dakwaan & Mohon Maaf

Hiburan

“Tak Ada Nak Manja-Manja Dah..” – Disangka Mainkan Perasaan Wanita OKU, Zoey Rahman Nafi Dakwaan & Mohon Maaf

Didakwa sengaja memainkan perasaan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), pelakon dan pengacara Zoey Rahman menafikan tuduhan tersebut dan berkata dirinya hanya berniat hanya ingin membantu.

Mahu lebih dari kawan

Menurut Zoey, dia mengakui senang berteman dan mendapat keserasian bersama wanita tersebut, namun dia tidak menyangka hal itu akan berubah menjadi lebih serius dan wanita tersebut mula meluahkan perasaan suka padanya.

Advertisement

Tambah pelakon ini, mereka baru sahaja berkenalan selama seminggu melalui media sosial jadi memang tidak wajar untuk mereka dikatakan bercinta.

Disebabkan keadaan mereka macam tu saya nak bagi mereka peluang sebab dia suka make up. Kebetulan saya jumpa dia kadang dia masuk live saya dan saya masuk live dia.

 

Jadi kami ada chemistry sebab kami boleh buat lawak sampai pagi dan kami happy dapat sambutan. Lepastu timbul isu lain pula, isu dalaman dan lebih kepada peribadi.

 

Jadi saya cakap kat dia yang kami sekadar kawan je tapi dia nak lebih dari itu. Kita baru seminggu ni kenal kat media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zoey Rahman (@zoeyrahman)

Niat sekadar membantu

Pada masa yang sama, Zoey turut menjelaskan dirinya hanya berniat ingin membantu wanita tersebut bernama Mas untuk menjadi affiliate bagi menjana pendapatan. Namun, dia sendiri mengakui terkejut apabila ia mula menimbulkan masalah lain.

Saya terkejut juga sebab drastik sangat. Ada orang cakap salah saya sebab saya beri harapan sangat. Tapi memang diri saya macam ni takkan saya nak bersikap kurang ajar kan.

 

Tapi kalau nak kata silap saya, saya akuilah silap saya. Lain kali saya hanya buat santai dan biasa saja. Tak ada macam nak manja-manja sangat dah.

@heyitsfatam  #fyp ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Terdahulu, Zoey sempat didakwa mempermainkan hati Mas apabila siaran langsung mereka tular di media sosial. Menerusi rakaman yang tular, Zoey dilihat cuba memujuk dan menceriakan wanita berkenaan yang menangis malah turut membuat aksi seperti sedang mengelap air matanya.

9 months ago

"Mana Lah Orang Tu Tak Taruh Harapan" - Selalu 'Live' & Layan 'Sweet' Sangat, Zoey Rahman Dikritik Permainkan Hati Wanita OKU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...