“Mana Lah Orang Tu Tak Taruh Harapan” – Selalu ‘Live’ & Layan ‘Sweet’ Sangat, Zoey Rahman Dikritik Permainkan Hati Wanita OKU

Hiburan

“Mana Lah Orang Tu Tak Taruh Harapan” – Selalu ‘Live’ & Layan ‘Sweet’ Sangat, Zoey Rahman Dikritik Permainkan Hati Wanita OKU

Pelakon yang juga seorang usahawan, Zoey Rahman menjadi bualan warganet di TikTok selepas dia didakwa mempermainkan hati seorang wanita berstatus OKU.

 

Advertisement

Selalu live bersama

Difahamkan, Zoey dan wanita berasal dari Singapura itu dikatakan selalu membuat siaran langsung di aplikasi tersebut bersama-sama pada waktu malam.

Menerusi rakaman yang tular, Zoey dilihat cuba memujuk dan menceriakan wanita berkenaan yang menangis malah turut membuat aksi seperti sedang mengelap air matanya.

 

Layanan Zoey buat salah sangka?

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri bermacam respon daripada warganet terutamanya kaum Hawa yang berpendapat layanan Zoey yang baik mungkin membuatkan wanita bernama Mas tersebut salah sangka.

Malah ada yang mengasihani wanita itu dan berkata mungkin dia jarang sekali menerima layanan yang baik daripada orang lain di sekelilingnya.

komen

komen

 

Zoey minta maaf

Bagaimanapun, usahawan kosmetik itu telah tampil membuat permohonan maaf  kepada Mas menerusi panggilan telefon yang disiarkan di live TikTok kerana sudah menimbulkan kekeliruan mengenai status hubungan mereka berdua.

zoey

Tambah Zoey, dia berharap mereka boleh kekal menjadi kawan sahaja serta turut mendedahkan ibunya sudah mempunyai calon jodoh buat dirinya.

Kita fokus jadi bestie je, boleh? Saya taknak benda ni akan jadi lebih complicated di masa akan datang. Jadi lebih baik kita jadi macam kawan, lebih santai, meriah dan seronok.

Menerusi panggilan itu, Mas didengari sebak dan menangis selepas Zoey memaklumkan dia sudah berpunya dan mengajaknya untuk kekal berkawan.

4 months ago

"Aku Dimalukan Di Anugerah Berprestij Minggu Lepas!" - Bakal Tunjuk Muka Si Pelaku, Maruah Zoey Rahman Tercalar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...