Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tajaan Untuk Kelahiran Anak Che Ta Dapat Reaksi Negatif Daripada Peminat

Terkejut juga apabila Abang Nara membaca komen-komen yang ditulis oleh para pembaca BeautifulNara di artikel Rozita Che Wan mendapat tajaan daripada Hospital Ampang Puteri untuk kelahiran anaknya. Tak sangka daripada ratusan komen yang diberikan, hanya beberapa komen sahaja yang memberikan reaksi positif. Kebanyakan komen adalah bersifat negatif dan seolah-olah cemburu dengan tajaan yang diterima oleh Che Ta.

komen che ta

Advertisement

Antara komen-komen yang diberikan ialah mempersoalkan ‘orang kaya terus jadi kaya, yang miskin terus jadi miskin‘. Malah ada yang pelik mengapa Hospital Ampang Puteri menaja Che Ta dan tidak menaja orang yang lebih memerlukan. Berdasarkan ilmu pemasaran Abang Nara yang tak seberapa, inilah yang dinamakan ‘win-win situation’ untuk Che Ta dan Hospital Ampang Puteri. Che Ta dapat layanan kelas A dan hospital tersebut mendapat liputan ekslusif, pendedahan di media masa dan juga boleh menggunakan Che Ta sebagai daya tarikan supaya orang ramai bersalin di hospital mereka.

che ta

Cuba anda tanya diri anda sendiri. Bayangkan anda ingin berkahwin dan tiba-tiba ada orang nak datang menaja baju kahwin ke, album gambar ke, dewan bersanding ke, takkanlah nak tolak sekiranya tajaan tersebut benar-benar kena dengan kita? Bukan sahaja dapat jimat belanja, paling penting dapat elak pening kepala nak fikir mana nak cari semua benda itu. Tak gitu? Contoh mudah lagi kalau tetiba ada orang nak taja sebuah kereta selama 2,3 bulan dengan syarat hanya perlu cerita keseronokan bawak kereta tersebut, tak mungin anda akan tolak kan?

komen che ta

Advertisement

Apabila kita menaja seseorang, mestilah orang yang ditaja itu ada ‘value’ dan boleh memberikan pulangan yang setimpal. Tajaan Hospital Ampang Puteri untuk Che Ta adalah satu kerjasama yang amat strategik pada pandangan Abang Nara. Kedua-duanya mendapat faedah yang setimpal. Che Ta dapat lahirkan anak secara percuma dengan layanan kelas A dan Hospital Ampang Puteri dapat publisiti yang dimahukan. Win-win situation. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

P.S: Terlebih muatan yang melampau di China

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top