Kelahiran Anak Rozita Che Wan Dapat Tajaan Sepenuhnya

Hiburan

Kelahiran Anak Rozita Che Wan Dapat Tajaan Sepenuhnya

Alhamdulillah. Memang betullah orang kata bahawa anak itu pembawa rezeki. Belum pun dilahirkan, anak sulung Che Ta dan Zain telah pun memberikan rezeki yang tak terhingga kepada pasangan suami isteri ini. Mana tidaknya, Hospital Ampang Puteri telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya proses kelahiran anak dalam kandungan Che Ta. Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.

rozita che wan tajaan

Advertisement

Setahu Abang Nara, kalau beranak di hospital swasta ini memang boleh cecah 5 angka. Lebih-lebih lagi kalau melahirkan anak secara pembedahan. Dengan tajaan daripada Hospital Ampang Puteri ini, sedikit sebanyak pasti dapat menjimatkan belanja Che Ta dan Zain. Kalau Abang Nara ada orang nak taja macam ini pun pasti tak akan tolak punya. Iyerlah boleh dapat percuma siapa tak nak kan? Memang rezeki anak sungguh.

[flowplayer id=”29909″]

Tak sabar rasanya nak menunggu kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup Che Ta dan Zain Saidin. Mesti comel dan kacak seperti ibu dan ayahnya. Rasanya Che Ta dijangka akan melahirkan anaknya dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar dan bayi yang dilahirkan sihat serta sempurna. Amin.

P.S: Kereta elektrik (EV) tempatan pertama bakal dilancarkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...