“Tahu Suami Perlu ‘Me Time’ Tapi…” – Lelaki Selar Geng Baca Al Fatihah Waktu Lepak Untuk Tipu Isteri Kawan

Kehidupan

“Tahu Suami Perlu ‘Me Time’ Tapi…” – Lelaki Selar Geng Baca Al Fatihah Waktu Lepak Untuk Tipu Isteri Kawan

Baru-baru ini, viral sebuah video di TikTok menunjukkan sekumpulan lelaki sedang melepak di kedai makan.

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki dilihat sedang menjawab panggilan telefon daripada isterinya.

Advertisement

Rakan-rakan yang lain pula membaca surah Al-fatihah bagi membantu untuk ‘cover’ dan ‘support’ kawan mereka.

Ni baru brotherhood. Bila bini call, kawan kawan support.”

Video itu dirakam bertujuan untuk dijadikan bahan lawak dan boleh dikatakan agak ramai yang terhibur dengan tindakan kawan-kawan lelaki berkenaan.

@seventhwan

Ni baru brotherhood. Bila bini call, kawan-kawan support. #brotherhood #pertabi #coverline #retakseribu #fyp #efwaipi

? original sound – Seventhwan – Seventhwan

Bagaimanapun, seorang individu tampil memberikan pendapatnya tentang situasi berkenaan.

Menerusi Facebook, Akhtar Syamir berkata dia merasakan perkara itu tidak kelakar sebaliknya memalukan.

Dia turut mempersoalkan komunikasi antara lelaki itu dan isterinya sehinggakan perlu menipu untuk lepak bersama kawan.

Akhtar juga membangkitkan tentang bacaan surah Al-fatihah yang menurutnya sudah seperti mempersendakan pula.

Perlu ke sampai seperti mempersendakan surah Al Fatihah? Tak boleh ke berterus terang dengan pasangan yang korang nak lepak?”

Katanya lagi, dia faham suami memerlukan ‘me time’ bersama rakan-rakan untuk lepak santai dan berborak. Namun jelasnya, tidak perlulah jadikan itu alasan untuk menipu pasangan.

Akhtar turut menyarankan pasangan suami isteri untuk berbincang tentang hal ‘me time’ supaya tiada yang perlu menipu.

Baca perkongsian penuh Akhtar di bawah:

 

Perkongsian itu mendapat lebih 1,600 shares dan menerusi ruangan komen ramai netizen memberikan pendapat masing-masing.

Sesetengah netizen dilihat bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Akhtar. Namun, ada juga segelintir yang bahawa video itu sekadar untuk content serta tak perlulah dia ‘judge’ lelaki tersebut dan isterinya hanya berdasarkan video berkenaan.

Apa pendapat anda?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

baru 7 hari nikah, suami lafaz cerai
2 years ago

Perit! Suami Lafaz Talak Depan Kawan Tanpa Isteri Tahu, Tiba-Tiba Terima Notis Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...