“Tahu Raya Tapi Main Tu Beragaklah!” – Wanita Geram Jiran Main Mercun Habis Calar Kereta

Kehidupan

“Tahu Raya Tapi Main Tu Beragaklah!” – Wanita Geram Jiran Main Mercun Habis Calar Kereta

Malaysia merupakan satu negara yang dipenuhi pelbagai kaum dan sepatutnya perkara itu membuat hubungan sesama kaum semakin erat, tetapi tidak dapat dinafikan ada juga yang bersikap mementingkan diri.

Seperti kisah seorang wanita ini di TikTok, difahamkan dia tinggal di kawasan kejiranan yang mempunyai pelbagai kaum akan tetapi akui semuanya tidak mesra.

Advertisement

Melalui perkongsian video tersebut, wanita itu menceritakan kejadian yang telah berlaku ketika jirannya menyambut hari perayaan, mereka seolah-olah tidak kisah tentang keselamatan jiran lain apabila sewenang-wenangnya bermain mercun tanpa melihat keadaan sekeliling.

Bagaimanapun, wanita tersebut hormat perayaan mereka cuma geram apabila keesokan paginya melihat dua buah keretanya yang diletakkan di hadapan rumah dipenuhi dengan kertas mercun serta hancur.

 Agak-agaklah nak beraya woi! Sebelum nak pasang tu boleh je bagitahu kan?!

Lebih membuatkan dirinya berasa geram, percikan mercun yang dimainkan oleh mereka itu telah meninggalkan kesan calar kepada keretanya.

Komen TikTok

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen turut berasa geram biarpun tidak berada di tempat wanita itu dan ada yang meminta wanita tersebut menyaman jirannya kerana tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

3 years ago

Tak Sombong Selepas Terima Gelaran Datuk, Abdul Latif Romly Terus Belanja Geng Atlet Para

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...