(TAHNIAH)Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah 3 November Ini

Hiburan

(TAHNIAH)Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah 3 November Ini

Wow. Memang sungguh tak disangka. Sebentar tadi di majlis tayangan filem PE3, Farid Kamil telah mengumumkan yang Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini.
diana danielle farid kamil
Untuk makluman, mereka berdua baru sahaja bertunang pada 1 September yang lepas. Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-

Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami

Advertisement

Perkara baik sebegini sememangnya harus dicepatkan. Hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum Diana Danielle bergelar isteri kepada Farid Kamil. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancarnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bakal pengantin ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

58 Comments

  1. Puteri

    October 16, 2012 at 2:48 pm

    wah sukanya! moga berkekalan hingga akhir hayat hendaknya. tapiiii 20 hari tu. kena make sure team kena kuat le nak siapkan semuanya sesegera mungkin ;)

  2. nina

    October 16, 2012 at 2:39 pm

    bnd yg lepas mmg tak patut kenang tp bandingkan antara shamsul n fk nie maybe fk lebih matang, sopan, serious dlm hubungan sebab tue DD pilih dia, lagi pun jodoh dah tertulis mcm tu. semoga kekal ke akhir hayat, tahniah & dpt baby comel2!

  3. nybok kejap

    October 16, 2012 at 2:13 pm

    ginilah baru best tak heboh sana sini tup tup nak kahwin congrets and moga berbahagia sepanjang hayat …..

  4. chichi

    October 16, 2012 at 1:52 pm

    Alhamdulillah….. bestnya!! kalau dh jodoh memang x kemana…. cepat2 la dapat baby plak, chichi bet sure cute mute mcm parents dia. Congratz DD & FK!

  5. nfm

    October 16, 2012 at 1:28 pm

    tahniah DD & FK !! lg sorng artis popular yg sgt low profile bile bercinte.. raseny tk ramai artis gini.. dulu mint dgn yusry & lisa, skang makin ramai minat DD & FK nie.. x perlu nk peluk sakan, seksi sendat sume, masok kelab bagai.. tp org tetap respek dan makin ramai peminat :)

Loading...