Wow. Memang sungguh tak disangka. Sebentar tadi di majlis tayangan filem PE3, Farid Kamil telah mengumumkan yang Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini.
Untuk makluman, mereka berdua baru sahaja bertunang pada 1 September yang lepas. Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-
Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami
Perkara baik sebegini sememangnya harus dicepatkan. Hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum Diana Danielle bergelar isteri kepada Farid Kamil. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancarnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bakal pengantin ini.
wek
October 16, 2012 at 1:27 pm
Wek…farid kamil?wek…
Nek Wan
October 16, 2012 at 1:26 pm
Tak sabar …sama cantik sama padan. Tahniah Farid and DD, semuga berkekalan hingga ke anak cucu…Nekwan harap lepas dah kahwin tu janganlah KEBARATAN sangat – hidup biarlah berpedoman, berlandaskan quran dan sunnah, yang haram tetap haram…so senang cite kurangkan lah kemungkaran!!
tingalkanlah PUB dan BAR.
Sayabukankakaknorman
October 16, 2012 at 11:39 am
lepas ni ND plak…
Nek Wan
October 16, 2012 at 1:20 pm
ND lala ke?
cikikaka
October 16, 2012 at 11:07 am
I like this couple.. sbb xde la nak show off sgt mcm yg lain2 tu…
Diana Danielle
October 16, 2012 at 9:57 am
Thanks to uols guys.. wish me luck & i hope jodoh i dgn farid berpanjang hingga ke akhir hayat kami… :)