(TAHNIAH)Diana Danielle Pulak Dilamar Syarikat Antarabangsa

Hiburan

(TAHNIAH)Diana Danielle Pulak Dilamar Syarikat Antarabangsa

diana danielle

Lepas sorang, sorang lagi artis Malaysia dilamar syarikat antarabangsa untuk buat rakaman album. Kalau sebelum nie Yuna dalam proses perbincangan dengan sebuah syarikat Amerika, skang nie Diana Danielle pun dah dapat tawaran yang sama. Adakah bakat artis Malaysia kini dah pun diiktiraf oleh orang luar?

Advertisement

Secara ikhlasnya kami rasa suara Diana Danielle nie not bad lah jugak. Kalau nak compare dengan Liyana Jasmay, kami lagi suka suara DD. Walaupun macam tak boleh nak pergi high note sangat, tapi takderlah sakit telinga dengar suara si DD nie. Rasanya dia tau kot lagu yang jenis macam mana sesuai ngan tone suara dia.

Walaupun tawaran yang diterima tue datangnya daripada kawan baik mak dia (kira macam guna orang dalam gak la nie), tapi peduli apa kan? Bukan senang nak dapat tawaran dari syarikat antarabangsa nie. Kalau dah ada peluang tue, amik jer. Pedulikan apa orang kata. Yang penting boleh penuhi hajat di hati. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...