Akhirnya tarikh untuk Alif Satar dan kekasihnya, Sha Dila untuk bergelar suami isteri telah pun ditemui. 15 September ini, mereka berdua akan bernikah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Alif Satar dan Shadila atas berita gembira ini. Majlis pernikahan akan dibuat secara sederhana dengan jemputan terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Sebelum ini majlis merisik kekasihnya itu telah pun selamat dilakukan oleh keluarga Alif Satar pada awal Januari lalu. Mengikut perancangan, majlis resepsi akan diadakan pada 20 September di Marina Putrajaya dengan jemputan terdiri daripada para media, kawan-kawan artis dan juga ahli keluarga. Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum Alif Satar bergelar suami orang.
Tahniah Alif dan Sha Dila. Semoga segala persiapan berjalan lancar.