January 16th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan buat penyanyi, Alif Satar yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada September ini. Majlis merisik kekasihnya, Sha Dila Halid telah pun dilakukan hari Selasa lalu. Kedua-dua belah keluarga telah bersetuju untuk memilih September sebagai tarikh pernikahan pasangan kekasih ini. Untuk makluman, Alif Satar kini berusia 24 tahun manakala bakal isterinya ialah 30 tahun.

alif satar kahwini shadila

Hubungan Alif dan Sha Dila telah pun mencecah usia 4 tahun. Kata Alif Satar kepada Harian Metro:-

Saya risau dan berdebar juga semalam (Selasa) sebab saya tak ikut rombongan merisik itu, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar Benda ini pun macam tiba-tiba sahaja terdetik.

Kami sudah berkawan empat tahun. Jadi saya rasa ia adalah keputusan paling tepat dan terbaik.Kami sudah selesa antara satu sama lain. Orang keliling pun sudah tengok kami ke sana dan sini berdua. Jadi tak syok juga orang cakap itu ini.

alif satar kahwini shadila

Tahniah buat Alif Satar dan Sha Dila atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari pernikahan kelak. Kalau tak silap, Abang Nara pernah terserempak dengan pasangan ini di The Curve satu ketika dahulu. Memang sama cantik sama padan. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Optima K5 Generasi Baharu akan dilancarkan 16 Januari ini


alif satar kahwini shadila
alif satar kahwini shadila
alif satar kahwini shadila
alif satar kahwini shadila


Comments are closed.

Loading...