Selepas ramai berteka-teki mengenai ‘baby bump’ yang kelihatan pada Wawa Zainal baru-baru ini, akhirnya Aeril Zafrel mengesahkan bahawa isterinya itu sedang mengandung anak ke-4 mereka.
Memanjatkan rasa syukur, pelakon lelaki itu berharap agar urusan Wawa yang bakal bersalin dalam masa terdekat ini akan dipermudahkan. Dalam pada itu, dia turut meminta semua agar mendoakan kesihatan isterinya.
Semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tidak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.
View this post on Instagram
Malah Aeril juga tidak menyembunyikan keinginan untuk memiliki anak seramai lima orang bersama isterinya.
Semoga Wawa sentiasa dalam lindungannya. Terima kasih sayang jangan tutup kilang dulu ya.
Dalam satu laporan media lain, Wawa berkongsi bahawa usia kandungannya bakal mencecah 7 bulan tidak lama lagi dan semuanya baik-baik sahaja.
Sekadar pengetahuan, pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.
Semoga urusan Wawa dipermudahkan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
August 30, 2021 at 8:08 pm
Yg bertanya ni, sihat ke tak? Orang tu bagi pandangan ada nasnya. Hang?
Anonymous
August 30, 2021 at 10:51 am
“Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: “Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya.” Katakanlah: “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji.” Mengapakah kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?” [Al-A’raaf (7):28]
Anonymous
August 30, 2021 at 10:49 am
teruskanlah meletakkan level makhluk selevel tuhan. Good luck.