Doakan Agar Anak Tidak Alami Zaman Jahil, Aeril Zafrel Titip Pesanan Buat Attar Sempena Hari Lahir Ke-8

Hiburan

Doakan Agar Anak Tidak Alami Zaman Jahil, Aeril Zafrel Titip Pesanan Buat Attar Sempena Hari Lahir Ke-8

Menyambut hari kelahiran anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang ke-8 tahun, pelakon Aeril Zafrel sekali lgi mencuri perhatian peminat apabila dia tampil menitipkan doa-doa indah buat cahaya mata pertamanya itu.

Wawa Zainal Aeril Zafrel
12 bulan lalu

"Ayah Lelaki Pertama Yang Sayang Dan Cinta Seluhurnya.." Ucapan Aeril Zafrel Buat Hayla Bikin Peminat Sayu

Advertisement

Suami kepada pelakon Wawa Zainal ini juga berkata dia akan sentiasa menitipkan pesanan buat anak-anaknya agar dapat dijadikan pedoman pada masa akan datang.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Menganggap kehadiran Attar dalam hidupnya sebagai sumber kekuatan meskipun pada awalnya sering dihempas ‘badai dan gelora’.

Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan mencintai dan dicintai Tuhan.

Pelakon filem Sabda Kekasih ini juga mendoakan anak sulungnya itu agar sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Dia juga berharap Attar dapat menjaga adik-adiknya di saat dirinya sudah tiada dan mengambil nasihat tersebut sebagai petunjuk sepanjang hayat kehidupan.

“Sungguh iman dan takwa tak dapat diwarisi, tapi Attar terimalah ini sebagai wasiat iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan dan mahu anak-anaknya selamat dan menyelamatkan serta berjaya dunia dan akhirat” tulis Aeril panjang lebar di laman Instagram miliknya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...