(TAHNIAH) Tekaan Fauziah Nawi Tepat, Ryzal Duriankimchi Sebak Bila Dapat Tahu Isteri Hamil

Hiburan

(TAHNIAH) Tekaan Fauziah Nawi Tepat, Ryzal Duriankimchi Sebak Bila Dapat Tahu Isteri Hamil

Berita gembira! Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim atau lebih senang dikenali sebagai Ryzal Duriankimchi sebak setelah mendapat berita yang tidak disangka-sangka dari isterinya, Maryam. Nampaknya tekaan pelakon veteran, Fauziah Nawi mengenai kehamilan Maryam sebelum ini adalah tepat.

3 years ago

"Dia Gemuk Lain" - Fauziah Nawi ‘Pecah Rahsia’ Instafamous Korea Berbadan Dua?

Advertisement

Di Instagram, Ryzal berkongsi video reaksi apabila mendapat tahu tentang khabar baik itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama Maryam.

ryzal duriankimchi dan isteri

Melalui temu bual bersama mStar Online, Ryzal berkata, dia tidak sangka akan menerima berita yang amat menggembirakan itu semenjak bernikah bersama Maryam pada Ogos 2019.

Setelah dua tahun berkahwin, tak terfikir dapat anak (zuriat). Tapi bila dapat tahu, rasa macam tak percaya, sebab gembira dan nak menangis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Seperti yang dapat dilihat dalam video Instagram yang berdurasi lima minit itu, Ryzal tidak dapat menahan sebaknya ketika mendengar khabar gembira yang diberitahukan oleh Maryam dan menitiskan air mata.

Tambah Ryzal, pada mulanya dia sukar untuk mempercayai berita baik ini kerana Maryam selalu bergurau dan melalukan prank terhadap dirinya.

Mula-mula macam tak percaya sebab selalu terkena dengan Maryam. Cuma kali Maryam nampak betul-betul serius, jadi saya percayakan dia.

Maryam turut bersyukur dengan kurniaan rezeki itu dan mendedahkan dirinya telah hamil selama 3 bulan.

Syukur gembira. Tapi saya benar-benar terkejut bila Ibu cakap macam tu. Memang muka terkejut tapi saya diam saja, tak beritahu Ibu.

Maryam juga terkejut ketika Fauziah Nawi atau lebih senang dikenali sebagai Ibu dapat meneka dengan betul bahawa dirinya sedang hamil ketika bersama di salah satu program TV.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...