“Dia Gemuk Lain” – Fauziah Nawi ‘Pecah Rahsia’ Instafamous Korea Berbadan Dua?

Hiburan

“Dia Gemuk Lain” – Fauziah Nawi ‘Pecah Rahsia’ Instafamous Korea Berbadan Dua?

Popular dengan gelaran ‘duriankimchi’, instafamous dari Korea iaitu Maryam You Narae dikatakan sedang mengandung. Spekulasi mula timbul apabila pelakon veteran, Fauziah Nawi secara bersahaja mendedahkan mengenai kehamilan tersebut.

Memetik laporan Astro Gempak, Fauziah yang dijemput menjadi tetamu dalam episod ke-10 program Punchline DAC pada awalnya hanya menjawab soalan Datuk AC Mizal mengenai tips menurunkan berat badan. Namun secara tidak sengaja meneka mengenai kehamilan Maryam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Semua bermula apabila AC menyakat Maryam dengan mengatakan badan instafamous tersebut sedikit berisi. Namun dibalas Fauziah dengan mendakwa wanita Korea itu sedang mengandung.

Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemuk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu.

Maryam yang merupakan hos bersama program tersebut terkejut dan memberikan reaksi ‘terkedu’. Apatah lagi apabila Fauziah meneka anak yang dikandung adalah perempuan.

Saya teka sahaja, mungkin saya salah.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan ‘duriankimchi’, Maryam & Rizal.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...