Tular di media sosial sejak semalam mengenai penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dijadualkan berlepas dari Sydney namun terpaksa berpatah balik akibat kekecohan yang dicetuskan seorang lelaki.
Menurut jurucakap Malaysia Airlines, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Sydney jam 1.40 petang Isnin waktu tempatan itu terpaksa berpatah balik atas faktor keselamatan.
1/5: Sore/malam ini, #MH122 SYD-KUL balik ke Sydney setelah keamanan pesawat terancam oleh seorang penumpang (yang kemudian diduga mengalami gangguan jiwa), bernama "Muhammad", mengancam penumpang serta awak kabin dan seemengatakan ada barang yang berbahaya di tas ranselnya. pic.twitter.com/9k0l8E3fxo
— Gerry Soejatman (@GerryS) August 14, 2023
Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney.
Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan). Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah keutamaan.
Difahamkan, lelaki yang mencetuskan kekecohan itu tiba-tiba sahaja mengamuk dan menjerit “Adakah kamu hamba Allah?” dan turut menunaikan solat di laluan antara tempat duduk penumpang.
Dia sebelum itu dilaporkan membuka beg dan memasukkan tangan ke dalam bagasi tersebut dan mengancam penumpang yang lain.
Lelaki itu kemudian telah ditahan dan dibawa keluar daripada pesawat oleh Australian Federal Police sejurus mendarat.
Menjengah ke media sosial, meskipun ada yang meluahkan rasa trauma melihatkan keadaan itu, ada juga yang memuji sikap staff dan kru penerbangan MH122 yang kekal tenang ketika mengendalikan amukan lelaki berkenaan sebelum pihak berkuasa tiba.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.