Lelaki ‘Stalk’ Jurufoto Wanita Selama 8 Tahun Dihantar Ke Hospital Bahagia, Tak Dibenarkan Diikat Jamin

Berita

Lelaki ‘Stalk’ Jurufoto Wanita Selama 8 Tahun Dihantar Ke Hospital Bahagia, Tak Dibenarkan Diikat Jamin

Perkembangan terkini kes ‘intip’ seorang lelaki terhadap jurufoto wanita bernama Acacia Diana hari ini menyaksikan si pelaku telah diheret ke Mahkamah Majistret Shah Alam dan menjadi orang pertama didakwa mengikut undang-undang anti-menghendap yang baru.

Mohamad Safiq Rosli, lelaki yang bertanggungjawab mengganggu kehidupan Acacia secara berterusan selama 8 tahun, termasuklah melakukan gangguan secara seksual telah diarahkan untuk dibawa ke Hospita Bahagia Ulu Kinta untuk rawatan.

Advertisement

Safiq yang memakai baju lengan panjang berwarna hijau dan berpelitup muka mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana pada Khamis.

Manakala Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas juga tidak menawarkan jaminan meskipun tertuduh didakwa di atas kesalahan yang boleh diikat jamin.

Saya telah diarahkan untuk tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai sejarah lari ikat jamin di United Kingdom.

Peguam yang mewakili Acacia, Jason Wee membuat permohonan ex-parte bagi tujuan melindungi keselamatan anak guamnya.

Kami dengan rendah hati meminta agar tertuduh tidak pergi ke mana-mana berhampiran mangsa dan juga tidak berkomunikasi dengan mangsa sehingga kes ini selesai.

Mahkamah juga membenarkan perintah perlindungan untuk mangsa dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes. – The Star

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Acacia diana
10 months ago

"Kebal Gila.." - Identiti Lelaki Psiko Ganggu Jurugambar Wanita Selama 8 Tahun Dikenal Pasti, Netizen Persoal Kenapa Dihantar Ke Neurologi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...