(TAHNIAH) Selamat Bersalin Anak Lelaki, Neelofa Dan Haris Pilih Nama Muhammad Bilal

Hiburan

(TAHNIAH) Selamat Bersalin Anak Lelaki, Neelofa Dan Haris Pilih Nama Muhammad Bilal

Usahawan dan juga personaliti TV, Neelofa dilaporkan telah selamat melahirkan anak sulungnya bertempat di sebuah pusat perubatan di Ibu Kota kira-kira jam 3.44, petang semalam (Sabtu).

Menurut suami Neelofa, Haris Ismail memaklumkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan bayi kini berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat.

Advertisement

Haris juga mendedahkan bahawa mereka berdua memilih nama Muhammad Bilal untuk anak sulung mereka itu.

Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T untuk segala berkat dan rahmatNya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022,, jam 3.44 petang.

Dia yang ditemui mStar Online sempat mengucapkan terima kasih di atas doa orang ramai yang menitipkan doa kepada dia dan isterinya sejak mereka berkahwin sehingga hamil.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara.” ujarnya.

Sekadar info, Neelofa,33, dan Haris Ismail,27, telah selamat mendirikan rumah tangga pada pertengahan bulan Mac tahun 2020 yang lalu.

Neelofa
3 years ago

“Sudah Hujung-Hujung” - Neelofa Buat Persediaan Bersalin, Jalani Sesi Fisioterapi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...