“Sudah Hujung-Hujung” – Neelofa Buat Persediaan Bersalin, Jalani Sesi Fisioterapi

Hiburan

“Sudah Hujung-Hujung” – Neelofa Buat Persediaan Bersalin, Jalani Sesi Fisioterapi

Selebriti popular, Neelofa memaklumkan dia kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.

Difahamkan, senaman fisioterapi untuk wanita hamil dapat membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.

Advertisement

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor seperti memberi ‘hint‘ mengenai usia kandungannya, sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi

Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu.

Terdahulu, banyak khabar angin mengenai kehamilan bekas pengacara MeleTOP itu bersama pendakwan terkenal, Haris Ismail yang hangat diperkatakan dalam media sosial.

Sudah hujung-hujung kan. Semoga dapat membantu.

Advertisement

Namun, sehingga kini pasangan tersebut mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut dan tidak berkongsi lanjut mengenai berita kehamilan tersebut.

Info tambahan, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Baca: “Sukarelawan, Andalah Hero Malaysia” – Neelofa Kagum Sikap Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...