“Sukarelawan, Andalah Hero Malaysia” – Neelofa Kagum Sikap Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir

Hiburan

“Sukarelawan, Andalah Hero Malaysia” – Neelofa Kagum Sikap Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir

Sejak bencana banjir menduga rakyat Malaysia khususnya di beberapa negeri di Semenanjung, muncul jutaan sukarelawan yang hadir menghulurkan sumbangan tenaga dan masa bagi membantu mangsa bencana alam tersebut.

Mila Jirin
2 years ago

Pertimbang Untuk Beli Bot, Mila Jirin Mahu Bersiap Sedia Jika Hadapi Banjir Sekali Lagi

Advertisement

Kehadiran mereka boleh diibaratkan sebagai hero Malaysia yang hadir tanpa diduga bagi misi menyelamat dan pasca banjir di beberapa lokasi seluruh negara terutama di Taman Sri Muda, Shah Alam dan daerah Hulu Langat.

Begitulah gelaran yang diberikan oleh selebriti popular, Neelofa terhadap golongan sukarelawan yang kini aktif membantu mangsa banjir di lokasi bencana.

Buat mereka yang ketika ini masih membantu secara sukarelawan, terima kasih dan jaga keselamatan diri anda. Andalah hero Malaysia.

Perkara tersebut dikongsikan Neelofa menerusi sebuah ciapan di laman Twitter untuk tatapan semua peminat dan pengikutnya di media sosial tersebut.

Neelofa juga antara selebriti tanah air yang terawal menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.

Neelofa (Sukarelawan)

Menurut Neelofa, bantuan yang disalurkannya bakal diperluaskan ke negeri-negeri lain yang terkesan akibat banjir sekiranya mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Insya-Allah dalam perancangan secara berperingkat bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa juga.

Neelofa turut memberitahu yang bantuan akan dilanjutkan sehingga ke pasca banjir seperti sumbangan barangan rumah dan tenaga kerja pembersihan .

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...