Pertimbang Untuk Beli Bot, Mila Jirin Mahu Bersiap Sedia Jika Hadapi Banjir Sekali Lagi

Hiburan

Pertimbang Untuk Beli Bot, Mila Jirin Mahu Bersiap Sedia Jika Hadapi Banjir Sekali Lagi

Usahawan dan juga penyanyi, Mila Jirin ada meluahkan hasrat di hati untuk memiliki bot atau sampan bagi memudahkan dia dan suami untuk melakukan kerja-kerja menyelamat dan menghantar bantuan ketika banjir.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin yang dihubungi sebuah media tempatan berkata, tragedi banjir di beberapa lokasi di Malaysia sudah dijangka akan terjadi dan sekiranya mereka mempunyai bot atau sampan sendiri pasti akan lebih memudahkan untuk urusan menyelamat dan sebagainya.

Advertisement

Kata Mila lagi, kejadian banjir besar yang melanda sebahagian Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini sudah cukup untuk memberi peringatan kepada dirinya agar sentiasa bersiap sedia kerana situasi tersebut seolah tidak dapat dijangka.

Selama lebih 10 tahun menetap di Puchong, kejadian banjir besar Sabtu lalu adalah kali pertama dilalui. Memang terkejut kerana saya tak pernah menduga kawasan Puchong akan terkesan seteruk ini.

Jelasnya, ketika hari pertama kejadian, dia berada di Bizmilla kerana ada majlis yang perlu diurus dan tiba-tiba salah seorang pekerjanya telah menerima panggilan daripada anggota keluarga yang memaklumkan kediaman mereka sudah dilanda banjir dan sudah tidak boleh balik ke rumah lagi.

Sehubungan itu, Mila kemudian memberi cadangan kepada suami, Isz Mustapha agar segera memiliki bot atau sampan supaya boleh digunakan apabila ditimpa kecemasan seperti banjir.

Dalam pada itu, Mila turut terlibat dalam misi bantuan banjir yang disertainya sejak malam Ahad lalu di mana dia dan beberapa anggota keluarga serta pekerja telah menghantar bantuan barangan keperluan di enam buah pusat penempatan sementara (PPS) bertempat di Puchong dan USJ Subang Jaya.

Mila juga memuji sikap perpaduan yang ditonjolkan rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama serta sentiasa bersatu padu menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat tragedi banjir ketika ini.

“Inilah masanya rakyat bantu rakyat..” ujarnya mengakhiri bicara.

Mila Jirin
2 years ago

PKP Buat Mila Jirin Sedar Siapa Yang Ikhlas Untuk Bersama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...