(TAHNIAH) Selamat Bernikah, Jasmin Hamid Kembali Bergelar Isteri

Hiburan

(TAHNIAH) Selamat Bernikah, Jasmin Hamid Kembali Bergelar Isteri

Dalam diam, pelakon senior Jasmin Hamid dilaporkan telah selamat bergelar isteri setelah melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan, semalam.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan pelakon drama popular Cukup Derita Itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul berharap perkahwinan tersebut akan membuatkan dirinya dan suami lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Salam Jumaat, syukur Alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Hanya buat yang afdhal saja, janganlah ada yang berkecil hati.

Jasmin juga menjelaskan bahawa majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis seperti Erra Fazira, Almy Nadia dan lain-lain tampil mengucapkan tahniah kepada Jasmin dan suami dan berharap agar rumah tangga yang dibina kekal sehingga syurga.

Sekadar info, Jasmin mempunya seorang anak lelaki iaitu Ian Haziq yang kini berusia 20 tahun hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

Aktres ini juga mempunyai dua orang angkat iaitu Lukhman Hakim dan Rohana yang dipeliharanya sejak kecil.

Tahniah diucapkan buat Jasmin dan suami!

jasmin hamid
3 years ago

"Masa PKP Ramai Complaint.." - Jasmin Hamid Hairan Tak Ramai Ziarah Kubur Lepas Kebenaran Diberi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...