Pelakon Jasmin Hamid baru-baru ini meluahkan rasa syukur berpeluang menziarahi kubur ibu bapanya setelah sekian lama tersekat disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dalam hantaran di Instagram itu, pelakon ini meluahkan rasa ingin tahu mengapa tidak ramai yang mengunjungi kawasan perkuburan walaupun kebenaran sudah diberikan kerajaan.
View this post on Instagram
Dia berasa sedikit hairan memandangkan sebelum ini ramai yang merungut apabila kawasan kubur terpaksa ditutup kepada orang awam.
Bila kerajaan dah benarkan menziarah, tak ada pulak berduyun yang datang menziarah? Mungkin ramai yang sibuk pergi bercuti gamaknya.
Jelasnya, berdasarkan pengalaman, orang ramai hanya datang menziarahi pusara keluarga pada hari perayaan. Pelakon ini cuba mengelakkan kesesakan dengan hadir sehari lebih awal.
Pada masa sama, pelakon berusia 47 tahun ini turut mengenang pesan arwah opahnya iaitu kerja tidak akan pernah habis selagi hidup. Katanya lagi, kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk mengabaikan masa bersama keluarga.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
bakalpenghunikubur
October 8, 2021 at 4:11 pm
retis nak up nama yg sendu, macam2 citer donggeng dia buat.. kubur area aku ni ramai je orang yg datang walaupun tengah panas rembang. Hari biasa pun ramai je yang datang.
LOL
October 8, 2021 at 9:13 am
memang 24 jam u kat kuboq ke??? maybe dieorg dah mai pagi or lps u balik dieorg baru dtg ziarah..
mata mata
October 8, 2021 at 9:23 am
Ape lah akak ni merapu