(TAHNIAH) Hanya Dua Kali Lafaz, Kamal Adli & Uqasha Senrose Selamat Bergelar Suami Isteri

Hiburan

(TAHNIAH) Hanya Dua Kali Lafaz, Kamal Adli & Uqasha Senrose Selamat Bergelar Suami Isteri

Pelakon jelita dan kacak, Kamal Adli telah selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.

Hanya dua kali lafaz, pasangan mempelai ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin bersama jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi, Ahad.

Advertisement

Kedua-duanya diraikan dalam majlis bertemakan dalam taman di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Uqasha.

Majlis tersebut dilaporkan telah diadakan seawal jam 7.30 pagi dan disaksikan ahli keluarga serta teman rapat seperti Datin Nina Juren dan Michael Ang.

Uqasha Senrose Kamal adliSumber : Astro Gempak 

Uqasha dan Kamal tampil cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun dan juga busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Risman Ruzaini.

Mereka berdua kemudiannyad diraikan dalam sesi memotong kek setinggi lima tingkat yang disaksikan tetamu yang hadir.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Ibu Negara.

Kamal sebelum itu ada membuat kejutan dengan melamar Uqasha secara langsung ketika siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka berdua difahamkan mula terjalin ketika digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang iaitu Setelah Terlafaznya Akad.

Kamal Adli dan Uqasha
2 years ago

Kamal Adli Nafi Bakal Bernikah Bersama Uqasha Senrose Dalam Masa Terdekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...