Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya pada pukul 3.49 pagi Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Fizz, 42, sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu menimang cahaya mata lelaki namun lebih mementingkan keadaan kesihatan anak yang dilahirkan.
Alhamdulillah… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi, terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Terdahulu, pelakon filem Munafik 2 itu turut berkongsi keadaan isterinya, Almy Nadia yang sedang terbaring dia atas katil hospital sambil menahan sakit contraction.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniash selain terharu melihat pengorbanan seorang wanita bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat.
Info tambahan, Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan serta seorang anak angkat.