(TAHNIAH) Bakal Bergelar Bapa, Isteri Ayie Floor88 Hamil Anak Pertama

Hiburan

(TAHNIAH) Bakal Bergelar Bapa, Isteri Ayie Floor88 Hamil Anak Pertama

Penyanyi berkumpulan Floor 88, Ayie Elham berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya, Tasha Awie.

Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah berkata, dia mendapat tahu keputusan ujian kehamilan isterinya sebulan yang lalu.

Advertisement

Menurut Ayie, 24, walaupun sudah sebulan mengetahui berita berkenaan, mereka baru bersedia untuk kongsikan di media sosial.

Pada awalnya, dia beritahu saya ada rasa mual-mual. Saya bergurau dengan dia, entah-entah ada bayi.

Tambah penyanyi lagu Hutang itu, dia dan isteri tidak terlalu janggal untuk menguruskan bayi memandangkan dia adalah anak sulung dalam keluarga.

Saya anak sulung dalam keluarga dan isteri saya anak kedua. Jadi, kami masing-masing sudah biasa menguruskan adik-adik kami.

Jelas Ayie, bezanya sekarang mereka akan menjadi ibu bapa dalam usia yang masih muda dan tanggungjawabnya lebih berbeza.

Info tambahan, Ayie dan Tasha selamat bernikah pada 21 Oktober lalu selepas mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.

Dato Red
2 hours ago

"Saya Tengok Video Dia Viral, Saya Menyirap!" - Lelaki Dakwa Rugi RM60K Beli Tanah Dengan Datuk Red, Pernah Cari Adira Tapi Melenting

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...