(TAHNIAH)Ayu Raudhah Hamil 3 Bulan, Zaquan Kerap Rasa Loya

Hiburan

(TAHNIAH)Ayu Raudhah Hamil 3 Bulan, Zaquan Kerap Rasa Loya

Patutlah Ayu Raudhah kata dia mahu berehat sementara daripada dunia lakonan. Rupa-rupanya Ayu telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita gembira ini. Patutlah Abang Nara tengok wajah Ayu berseri-seri semenjak dua ini.

ayu raudhah mengandung

Advertisement

Yang menariknya Zaquan turut merasa loya di awal kehamilan Ayu Raudhah. Kata Ayu kepada Media Hiburan:-

Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya.

Orang tua-tua kata kata kalau suami loya itu bermakna si suami sayang sangat kepada isterinya. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kelak, kasih sayang Zaquan dan Ayu akan bertambah kukuh. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat pasangan ini.

P.S: iPhone lutsinar di masa hadapan? Itu mungkin boleh terjadi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.