(TAHNIAH) Ayie Floor88 Selamat Bergelar Suami Tasha Awie

Hiburan

(TAHNIAH) Ayie Floor88 Selamat Bergelar Suami Tasha Awie

Vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie kini sah bergelar suami kepasa Tasha Awie pada pagi Khamis selepas 10 bulan mengikat tali pertunangan.

1 year lalu

Dituduh Ambil Dadah Kerana Terlalu Kurus, Ayie Floor 88 Gigih Naikkan Berat Badan, -"Saya Makan Banyak Tapi Tak Juga Gemuk!"

Advertisement

Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah dan pasangannya dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir dengan sekali lafaz di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi.

Menerusi perkongsian live video di Instagramnya, majlis itu diadakan secara tertutup. Ayie menyerahkan mas kahwin RM 1000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.

Advertisement

Alhamdulillah syukur semuanya dipermudahkan, macam tak percaya akhirnya saya dan Tasha selamat disatukan sebagai suami isteri hari ini.

Penyanyi lagu Hutang itu meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan meskipun masih berdepan dengan Covid-19.

Ayie Floor88

Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Menurut Ayie, dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai Isteri kerana sikap penyayang dan pandai menguruskan hal berkaitan rumah tangga. Tambahnya lagi, mereka masih belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan kerja.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...